Assalamualaikum,
Duti Setem cukai yang di kenakan oleh kerajaan untuk pindah milik Harta Tak Alih (harta tanah). Kebanyakan daripada kita hanya tahu bahawa duti setem hanya dikenakan untuk urusan pindah milik hartanah semasa hayat samada melalui jual beli hartanah atau pindah milik biasa atau atas dasar kasih sayang mengikut skala yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan harga semasa hartanah tersebut.
Ramai diantara kita yang tidak sedar dan tahu bahawa pindah milik hartanah melalui pusaka/perwarisan adakalanya akan tertakluk kepada duti. Ramai beranggapan bahawa tiada sebarang cukai akan dikenakan kerana Cukai Pusaka di Malaysia telah dimansuhkan sejak zaman Dato Sri Anwar Ibrahim bertindak sebagai menteri Kewangan. Duti Setem akan dikenakan keatas pindah milik hartanah melalui pusaka di dalam keadaan tertentu yang akan saya huraikan di bawah.
Skala
Duti Setem untuk pindahmilik harta tak alih yang ditetapkan oleh kerajaan
Malaysia adalah seperti berikut:
RM100,000 pertama |
1% |
Melebihi RM100,000 hingga RM500,000
|
2%
|
Melebihi RM500,000
|
3%
|
Pengiraan Duti Setem yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
A. Pusaka Berwasiat
- Sekiranya pembahagian mengikut Faraid maka Duti Setem adalah nominal RM10/satu geran
- Sekiranya pembahagian mengikut kandungan Wasiat maka Duti Setem adalah nominal RM10/satu geran;
- Sekiranya pembahagian tidak mengikut Faraid dan tidak mengikut Wasiat iaitu waris bersetuju pembahagian dibuat berdasarkan persetujuan bersama dianatara mereka tanpa mengikut kandungan wasiat sepenuhnya. Duti Setem adalah seperti berikut:
- Duti Setem untuk bahagian Faraid adalah nominal RM10/satu geran; dan
- Duti Setem untuk bahagian bakinya adalah mengikut skala yang ditetapkan
Contoh:
Di dalam wasiat pewasiat membahagikan semua harta tak alih secara sama rata kepada isteri dan anak-anak . Setelah beliau meninggal dunia maka isteri dan anak-anak bersetuju untuk membahagikan harta seperti berikut:

1. Rumah
di Taman Tun Dr. Ismail bernilai RM800,000.00
diberikan kepada Isteri
2. Rumah di SS2 Petaling Jaya bernilai RM1,600,000.00 diberikan kepada anak lelaki sulung
3. Rumah di Kelana Jaya bernilai RM1,000,000.00 diberikan kepada anak lelaki bongsu
Bahagian Faraid waris Faraid adalah seperti berikut:

1. Isteri
– 1/8
2. Anak Lelaki Sulung – 7/16
3. Anak Lelaki Bongsu- 7/16
2. Anak Lelaki Sulung – 7/16
3. Anak Lelaki Bongsu- 7/16
1. Rumah di Taman Tun Dr. Ismail bernilai RM800,000.000 diberikan kepada Isteri
2. Rumah di SS2 Petaling Jaya bernilai RM1,600,000.00 diberikan kepada anak lelaki sulu
3. Rumah di Kelana Jaya bernilai RM1,000,000.00 diberikan kepada anak lelaki bongsu
- Bahagian Faraid isteri 1/8 iaitu bernilai RM100,000.00. Duti Setem adalah nominal RM10.00 ; dan
- Bahagian bakinya iaitu bernilai RM700,000.00.. Duti Setem adalah mengikut skala yang ditetapkan iaitu sebanyak RM15,000
2. Rumah di SS2 Petaling Jaya bernilai RM1,600,000.00 diberikan kepada anak lelaki sulu
- Bahagian Faraid anak lelaki sulung 7/16 iaitu bernilai RM700,00.00 Duti Setem adalah nominal RM10.00 Bahagian bakinya iaitu bernilai RM900,000.00, Duti Setem adalah mengikut skala yang ditetapkan iaitu sebanyak RM21,000
3. Rumah di Kelana Jaya bernilai RM1,000,000.00 diberikan kepada anak lelaki bongsu
- Bahagian Faraid anak lelaki bongsu 7/16 iaitu bernilai RM437,500.00 Duti Setem adalah nominal RM10.0
- Bahagian bakinya iaitu bernilai 562,500, Duti Setem adalah mengikut skala yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10,875.00
II. Pusaka
Tanpa Berwasiat
- Sekiranya pembahagian mengikut Faraid – Duti Setem adalah Nominal RM10 /satu geran
- Sekiranya pembahagian mengikut permuafakatan dan persetujuan waris maka tertakluk kepada :
- Duti Setem untuk bahagian Faraid adalah nominalRM10/satu geran; dan
- Duti Setem untuk bahagian bakinya adalah mengikut skala yang ditetapkan
Di harap perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua dan pembaca dapat membuat perancangan harta dengan betul dimana harta tak alih dan harta alih perlu seimbang agar tidak membebankan waris-waris yang ditinggalkan.
Sebarang bertanyaan boleh dimajukan ke amnafazillahismail@gmail.com
S
Assalamualaikum, saya perkongsian ini sangat bermakna buat saya sekeluarga, nak tanya, tahun 2017 masih valid lagi ke duti setem pusaka tanpa wasiat ni? ayah saya baru meninggal, kami sekeluarga agak pening sebab tiada wang nak bayar kalau kena duti setem puluhan ribu ringgit.
BalasPadamWalaikumsalam. Yes it is.
BalasPadamSelamat Sejahtera, merujuk kpd artikal di atas, kalau ada wasiat, maka harta tak alih itu tidak dikenakan sebarang duti setem, betul? Terima Kasih.
BalasPadam