Assalamuaikum.
Kalau pergi ke Cameron Highland biasanya orang akan cari strawberi. Saya pulak makanan yang paling utama saya cari adalah keledek. Memang pengemar keledek terutamanya keledek Jepun yang kulit warna ungu tapi isinya berwarna kuning. Cara masak pun sangat mudah rebus saja 20 minit dah masak dan boleh dimakan panas-panas. Saya suka sangat rasanya yang manis dan lemak . Ini memang makanan tradisi keluarga saya. Sejak kecil lagi mak memang kerap rebus keledek buat minum petang bersama air teh atau kopi panas.
Saya memang gemar keledek jepun ini tetapi saya tak tahu khasiatnya ada begitu banyak sehinggalah seorang teman disahkan mengidap kanser, yang saya tahu bila makan mesti kenyang. Saya lihat setiap pagi beliau makan keledek jepun yang direbus sebagai sarapan pagi. Ooooo rupanya makanan kegemaran saya ini merupakan Anti Kanser. Kaya dengan Beta Karotena atau Vitamin A. Vitamin A sangat penting untuk mencegah beberapa jenis kanser. Ia juga mengandungi serat yang tinggi berbanding Ubi Kentang disamping baik untuk jantung.
Memandangkan khasiatnya banyak memang saya kerap rebus dan bawa keledek jepun ini ke ofis sebagai sarapan pagi atau kudapan seminggu 3 kali. Hari ini pun sarapan dengan keldedek rebus. Malangnya suami dan anak-anaka tak gemar jadi mama saja lah yang makan. Sekarang ini memang saya amalkan makan keledek Jepun ini seminggu 3 kali untuk kesihatan yang lebih baik. Insya Allah.
Disamping menjaga pemakanan memandangkan usia telah meningkat saya juga amalkan Jus Buah-Buahan Sunnah daripada Sihat Sunnah. Alhamdulillah cergas sepanjang hari.
Jika anda minat nak tahu lebih lanjut berkenaan jus ini jangan malu dan segan Whatsapps atau call saya di 0193305432/0193305434
Tiada ulasan:
Catat Ulasan