Asssalamuaikum,
Hari ini akan sibuk sepanjang hari jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari ada mesyuarat di Pejabat. Jam 2 petang ada mesyuarat dengan waris pusaka di Ampang. Jam 1 tengahari dah kena keluar dari ofis diKelana Jaya untuk ke Ampang. Harap-harap meeting boleh habis sebelum Jam 5 Petang. Kalau tidak masak saya nak harungi jam balik rumah dari Ampang ke Petaling Jaya. Lagi-lagi kalau hujan. Pastinya kereta bersusun atas jalan.
Memandang hari yang akan sibuk jadi saya ambil sarapan yang mudah dan ringan sahaja. Quaker Oat dan air lemon panas tanpa gula. Insya Allah bagi tenaga setengah hari. Air lemon suam bersifat alkali walaupun rasanya masam dan sangat baik untuk kesihatan membantu sistem pencernaan atau detoks. Rasa pahitnya merupakan anti kanser. Mengambil segelas lemon suam boleh mengurangkan risiko sakit kanser. Insya Allah. Semoga urusan saya dipermudahkan dan diberkati Allah.
#saya jual jus buah-buahan siahat sunnah#
# jika berminat boleh whatsapps/call 0193305432/0193305434*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan