Assalamualaikum,
Sibuknya saya semalam. Ada 3 majlis bacaan wasiat di Pejabat pagi tengahari dan petang.
Sibuknya saya semalam. Ada 3 majlis bacaan wasiat di Pejabat pagi tengahari dan petang.
Pelbagai ragam dan karenah ahli waris yang perlu dilayan.
2 Kes tiada masalah. Keluarga orang berada dan harta yang ditinggalkan pun alhamdulillah banyak dan tiada hutang melainkan hutang kredit kad bulan terakhir sebelum meningga. Waris pun setuju untuk membayar hutang tersebut segera.
Kes ketiga menyentuh hati saya, simati meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki tunggal berusia 8 tahun. Harta yang dicatat di dalam wasiat bernilai lebih kurang RM3 juta tetapi kami dimaklumkan kebanyakan harta telah dijual dan digunakan semasa allahyarham hidup dan sakit . Hanya sebuah rumah flat dan sedikit wang simpanan di bank yang tinggal. Hutang kredit kad pula sebanyak RM40 ribu digunakkan untuk bayar bil hospital dan perubatan sepanjang 1.5 tahun terlantar sakit. Ternyata jumlah wang simpanan yang ditinggalkan tidak cukup untuk menampung hutang tersebut.
Menurut isteri rumah yang beliau tinggal semenjak arwah suami sakit adalah rumah pusaka daripada keluarga arwah suami. Amat menyedihkan seminggu selepas suami meninggal. Adik beradik arwah telah memberi notis kepada isteri arwah yang tidak bekerja dan anak untuk keluar rumah dengan kata lain mereka di halau dengan alasan isteri tiada hak ke atas harta tersebut. Kesian dan simpati mendengar cerita.
Zalimnya manusia, tiada hati perut. Sepatutnya balu dan anak yatim tersebut dibela dan dijaga kebajikan mereka. Ini tidak kerana harta yang tidak seberapa hilang sifat kemanusiaan.
Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara daripada sikap kejam manusia. Dan semoga kita tergolong daripada orang-orang yang penuh dengan sifat belas kasihan dan saling sayang menyanyangi sesama insan. Insya Allah.
Kisah ini juga memberi saya peringatan untuk berusah dan mencari rezeki serta harta sendiri agar apabila berlaku perkara yang tidak diingini boleh menampung diri sendiri dan anak anak serta keluarga. Muhasabah diri sendiri setiap kali menguruskan harta pusaka simati dan melayan kerenah ahli waris.
# Jus buah-buahan sunnah daripada sihat sunnah memberi tenaga sepanjang hari UNTUK ANDA YANG AKTIF DAN SIBUK, WARGA TUA DAN PENGIDAP PENYAKIT MERBAHAYA dan merupakan anti kanser .#
Berminat sila whatsapps/sms/call 0193305432/ 0193305434
Tiada ulasan:
Catat Ulasan