Isnin, 16 Mac 2015

Kisah datuk dan cucu yang terabai




Ibu dan bapa mereka telah bercerai sejak mereka kecil  dan belum bersekolah. Mereka dibesarkan oleh ibu dengan  penuh kepayahan. Bapa langsung tidak pedulikan mereka dan  dibesarkan di dalam kesusahan  dan tiada kasih sayang daripada ayah. Pengalaman tersebut menyebabkan mereka tidak menerima keluarga ayah malah menyimpan perasaan marah dan dendam sehingga dewasa. 

Hubungan dengan keluarga ayah telah terputus sekian lama.  Dengan niat untuk menebus kesalahan dan sikap tidak bertanggungjawab anak beliau terhadap cucu-cucu  beliau. Datuk mereka telah membuat dokumen hibah dimana beliau memberikan sebidang tanah kepada cucu- cucu tersebut. Murni sungguh niat datuk ini. 

Malangnya cucu-cucu tersebut menolak pemberian hibah datuk tersebut dengan alasan tidak mahu ada sebarang urusan dan pertalian dengan keluarga tersebut. Walau pun telah meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya yang baik  namun perasaan marah masih lagi tersemat di jiwa mereka. Dan seolah-olah tidak boleh dihapuskan. 

Datuk tersinggung dengan penolakan tersebut malah sangat sedih atas sikap cucu beliau. Walau pun niat beliau murni tetapi mendapat tindak balas yang negatif daripada cucu. 

Bagi pasangan yang telah bercerai janganlah diabaikan kebajikan dan kasih sayang anak-anak. Ikatan perkahwinan suami dan isteri  telah terputus tetapi tanggung jawab dan kasih sayang kepada anak tidak akan terputus. Jangan lah didera perasaan mereka. Berilah sepenuh perhatian kepada mereka. 

Datuk, nenek atau pak cik dan makcik  kepada anak-anak tersebut wajib membantu keperluan mereka serta menjaga kebajikan mereka.  Janganlah kerana perceraian tersebut kebajikan mereka langsung tidak diambil tahu. Jika mereka diabaikan oleh bapa maka datuk, nenek, mak cik dan mak cik sebelah bapa perlu memikul tanggungjawa menjaga keperluan anak-anak tersebut. 

Manakala bagi pasangan yang telah bercerai jangan memburukan bekas pasangn dihadapan anak kerana ia akan mengundang perasaan dendam dan tidak hormat anak-anak kepada ibu dan bapa. 

Anak-anak dibesarkan mengikut acuan dan cara mereka dididik . Kalau dididik dengan unsur dendam dan negatif maka anak akan menjadi pendendam and bersikap megatif. Sebaliknya jika di didik dengan penuh hemah dan kebaikkan maka anak akan membesar dengan sifat dan budi pekerti yang mulia. 

Sayangi lah anak-anak kita. Mereka adalah harta yang sangat berharga dan bernilai. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan