Assalamuaikum,
Sudah lebih 2 bulan rutin hidup saya semakin sibuk berbanding sebelumnya. Jika dulu hanya sibuk pada hari bekerja keluar rumah jam 8 pagi dan balik pula paling cepat pun jam 6.30 baru sampai ke rumah. Tetapi kini hujung minggu pun sangat sibuk. Rutin hujung minggu saya dan suami telah berubah penuh dengan aktiviti anak-anak
Sibuk dengan urusan dan aktiviti anak-anak. Mikail dan Amilea ada latihan badminton di SK Sri Petaling setiap sabtu jam 8 pagi hingga 12 tengahari manakala ahad pagi pula mereka ada kelas violin.Bila anak banyak aktiviti mama dan ayahnya pun sibuk juga dengan aktiviti menghantar dan menjemput serta menunggu mereka. 2 minggu sekali pula bawa mereka berenang di pusat akuatik Shah Alam. Memang penat ditambah pula urusan rumahtangga juga perlu diurus. Cuci rumah, urusan mendobi dan sebagainya yang tak pernah selesai tetapi walau sibuk dan penat macam mana pun saya dan suami tetap memperuntukan masa untuk membawa anak-anak berjalan-jalan atau membuat aktiviti luar samada pada hari sabtu atau ahad untuk aktiviti keluarga.
Saya dan suami bersyukur melihat perubahan anak-anak. Bila hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti, mereka lebih menghargai masa dan kurang menonton tv. Di waktu lapang masa akan dipenuhi dengan berlatih badminton dan bermain violin. Tak perlu lagi saya bising atau membebel kerana mereka gemar menonton TV. Mereka telah ada hobi yang bermanfaat dan tidak membuang masa pada perkara-perkara yang melalaikan. Rutin harian seperti solat 5 waktu, membaca quran selepas solat maghrib, baca buku sebelum tidur pun mereka buat tanpa perlu leteran yang panjang seperti sebelum ini. Tetapi sekali sekali bising juga mulut saya maklumlah anak umur10 tahun dan 8 tahun memang banyak yang perlu diingatkan dan di ajar.
Tujuan saya daftarkan mereka ke kelas violin bukanlah mahu mereka jadi pemuzik. Tetapi untuk membentuk displin dan agar mereka lebih fokus begitu juga dengan badminton. Alhamdulillah mereka pun gembira dan teruja untuk mahir dalam bidang tersebut. Guru yang mengajar dan melatih mereka pun memuji sikap mereka yang bersemangat dan rajin.
Harapan dan doa saya mereka akan menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa serta soleh dan solehah. Amiin. Begitu juga adik mereka Michelle Farhana yang akan mengikut jejak langkah abang dan kakak tahun depan. Insya Allah.
asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)
BalasPadam