Pada 22 Oktober 2014 yang lepas saya telah dijemput sebagai penceramah untuk bengkel Faraid. Sesi selama 3 jam tersebut dihadiri seramai 50 orang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi dan yang berumur diantara 38 tahun ke 65 tahun. Majlis dimulai dengan bacaan alquran Surah An- Nisa" oleh Qari muda berusai 15 tahun. Merdu surau beliau dan tepat tajwidnya. Alhamdulillah bengkel ini mencapai objektif saya untuk memberi penerangan dan kefaham berkenaan Faraid dan rahsianya. Serta merungkai salah faham berkenaan Faraid.
Satu soalan yang diajukan oleh salah seorang peserta di hujung sesi. Kenapa hukum Faraid hanya memberi bahagian kepada leaki dan perempuan. Ayat Surah An- Nisa jelas menyebut golongan ini sahaja. Bagaimana bahagian dan hak golongan khunsa. Adakah Allah tidak mengiktiraf golongan ini. Adakah Allah menafikan hak golongan ini. Jawapan saya. Seseorang yang dilahirkan sebagai Khunsa ini sebenarnya ada kecenderungan yang lebih ke arah salah satu jantina. Walau pun alat sulit mereka tidak sempurna seperti golongan lain tetapi tetap akan ada mirip atau seakan-akan bentuk alat sullit samada lelaki atau perempuan. Maka mereka akan diklasifikasikan sebagai lelaki jika alat sulit lebih mirip kepada alat sulit lelaki. Begitu juga akan diklasifikasikan sebagai perempuan jika alat sulit mereka lebih mrip kepada alat sulit perempuan. Pakar perubatan boleh mengesahkan perkara ini. Hak Faraid mereka ini bergantung kepada perkara di atas. Jika lelaki maka mereka akan mendapat bahagian lelaki dan jika perempuan mereka akan mendapat bahagian perempuan.
Saya tekankan juga bahawa Allah melaknat golongan yang dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan tulen tanpa sebarang kecacatan alat sulit mereka tetapi lebih minat untuk menjadi golongan sebaliknya. Jika lelaki lebih minat menjadi perempuan manakala perempuan pula lebih minat untuk menjadi lelaki. Cenderung dan suka kepada golongan sejenis. Mereka ini adalah orang yang berpenyakit jiwa dan tidak bersyukur dengan kejadian Allah. Susah untuk mereka berubah ke pangkal jalan selagimana mereka hidup didalam kelompok yang sama. Kecelaruan naluri ini sebenarnya mereka bentuk tanpa sedari melalui pergaulan dengan golongan yang sama. Pada saya masalah ini telah menjadi masalah sosial yang merunsingkan. Golongan ini perlu dibantu dan dididik untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Masyarakat jangan menghina mereka sebaliknya menunjukkan keprihatian serta kasih sayang kepada mereka agar mereka membuka mata untuk kembali ke kejadian asal. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan