PEMBATALAN WASIAT 
Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik  Wasiat beliau  pada bila-bila masa semasa hayat beliau. 
Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia,
tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah
berkuatkuasa.  Begitu juga waris-waris
juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkn  perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut. 
Hanya PERINTAH MAHKAMAH 
sahaja  boleh membatalkan Wasiat
atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Juga, menjadi satu kesalahan  jika
waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat  sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan
Wasiat tersebut. 
Berikut adalah peruntukan 
Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) 1999  (pindaan 2016 ): 
Bahagian III- Pembatalan wasiat 
SS 12 (a). Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika
Pewasiat menarik balik wasiatnya 
Bahagian IV–
Perlaksanaan Wasiat 
SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik
balik : 
(a)  
Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan
atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa
dia telah menarik balik wasiatnya. 
SS 16- Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik
balik wasiatnya atas sebab: 
(a)  
Penafian wasiat tersebut oleh orang
lain  
Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat  pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau
meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat
tersebut  serta membuat permohonan geran
probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di
sisi undang-undang.  
Walau bagaimana pun,  wasi
yang telah dilantik  berhak dan boleh
menggunakan budibicara untuk menolak perlantikan tersebut (Renunciation) atas
alasan-alasan yang munasabah.
SS 8. Probate and
Administration Act 1959 :
“Any person who is or
may become entitled to representation may expressly renounce his right to the
representation “ 
Dari segi perlaksanaan,  as-Salihin boleh menggunakan budibicara
untuk  membuat penolakan perlantikannya
sebagai wasi  atas alasan munasabah
seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat tidak memadai atau
mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran probet, sijil faraid
serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran pusaka, yuran pindah milik,
setem duti dan sebagainya. Dimana   waris perlu menanggung kos-kos berkenaan dan
waris tersebut  tidak berkemampuan. Penolakan
perlantikan ini  wajar dibuat untuk
kebaikan serta tidak membebankan waris. 
Setelah as-Salihin menolak perlantikan,  wasiat yang asal akan diserahkan kepada
pentadbir pusaka yang telah dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat.
as-Salihin turut mengenakan bayaran minimum yang munasabah
bagi menampung kos  perjalanan  serta masa yang telah digunakan oleh pegawai
kami  untuk majlis pembacaan wasiat,  penerangan serta khidmat nasihat kepada  waris untuk 
menguruskan pusaka pewasiat dengan cara yang betul. 
Ditekankan bahawa, bayaran yang dikenakan semasa hayat pewasiat
adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat dan bayaran tersebut tidak
meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran harta pusaka pewasiat
selepas kematian beliau. 
Semasa hayat pewasiat, selain daripada bayaran penyediaan
wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang bayaran lain samada bayaran
bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh dilaksanakan selepas
kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka. Bayaran pentadbiran
pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan pentadbiran pusaka
selepas kematian pewasiat  dan kos
tersebut  akan ditanggung/dibiayai  oleh harta pusaka pewasiat. 
Amna Fazillah Ismail 
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee
Berhad 
 
888 casino - Dr.MCD
BalasPadam888 Casino is 대전광역 출장안마 located at 상주 출장안마 6111 Maricopa Rd. Maricopa, AZ 85139. The 정읍 출장마사지 casino offers a 충주 출장샵 variety of slots, table games, and 포항 출장마사지 video poker.