Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2015

Hilangnya nilai kemanusiaan

Assalamualaikum,


Sibuknya saya semalam. Ada 3 majlis bacaan wasiat di Pejabat  pagi tengahari dan petang. 
Pelbagai ragam dan karenah ahli waris yang perlu dilayan.  

2 Kes tiada masalah. Keluarga orang berada  dan harta yang ditinggalkan pun alhamdulillah banyak dan tiada hutang melainkan hutang kredit kad bulan terakhir sebelum meningga. Waris pun setuju untuk membayar hutang tersebut segera. 

 Kes ketiga  menyentuh hati saya, simati meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki tunggal berusia 8 tahun. Harta yang dicatat di dalam wasiat bernilai lebih kurang RM3 juta tetapi kami dimaklumkan kebanyakan harta telah dijual  dan digunakan semasa allahyarham hidup dan sakit . Hanya sebuah rumah flat dan sedikit  wang simpanan di bank yang tinggal. Hutang  kredit kad pula sebanyak RM40 ribu digunakkan untuk bayar bil hospital dan perubatan sepanjang 1.5 tahun terlantar sakit. Ternyata jumlah wang simpanan yang ditinggalkan tidak cukup untuk menampung hutang tersebut. 

Menurut isteri  rumah yang beliau tinggal semenjak arwah suami sakit adalah rumah pusaka daripada keluarga arwah suami. Amat menyedihkan seminggu selepas suami meninggal. Adik beradik arwah telah memberi notis kepada isteri arwah yang tidak bekerja  dan anak untuk keluar rumah dengan kata lain mereka di halau dengan alasan isteri tiada hak  ke atas harta tersebut.  Kesian dan simpati mendengar cerita. 

Zalimnya manusia, tiada hati perut. Sepatutnya balu dan anak yatim tersebut dibela dan dijaga kebajikan mereka. Ini tidak kerana harta yang tidak seberapa hilang sifat kemanusiaan. 

Semoga kita semua  dilindungi dan dipelihara daripada sikap kejam manusia. Dan semoga kita tergolong daripada orang-orang yang penuh dengan sifat belas kasihan dan saling sayang menyanyangi sesama insan. Insya Allah. 

Kisah ini juga memberi saya peringatan untuk berusah dan mencari rezeki serta harta sendiri agar apabila berlaku perkara yang tidak diingini boleh menampung diri sendiri dan anak anak serta keluarga. Muhasabah diri sendiri setiap kali menguruskan harta pusaka simati dan melayan kerenah ahli waris.  



#  Jus buah-buahan sunnah daripada sihat sunnah memberi tenaga sepanjang hari UNTUK ANDA YANG AKTIF DAN SIBUK, WARGA TUA DAN PENGIDAP PENYAKIT MERBAHAYA dan merupakan anti kanser  .#

Berminat sila whatsapps/sms/call 0193305432/ 0193305434


Isnin, 16 Mac 2015

Kisah datuk dan cucu yang terabai




Ibu dan bapa mereka telah bercerai sejak mereka kecil  dan belum bersekolah. Mereka dibesarkan oleh ibu dengan  penuh kepayahan. Bapa langsung tidak pedulikan mereka dan  dibesarkan di dalam kesusahan  dan tiada kasih sayang daripada ayah. Pengalaman tersebut menyebabkan mereka tidak menerima keluarga ayah malah menyimpan perasaan marah dan dendam sehingga dewasa. 

Hubungan dengan keluarga ayah telah terputus sekian lama.  Dengan niat untuk menebus kesalahan dan sikap tidak bertanggungjawab anak beliau terhadap cucu-cucu  beliau. Datuk mereka telah membuat dokumen hibah dimana beliau memberikan sebidang tanah kepada cucu- cucu tersebut. Murni sungguh niat datuk ini. 

Malangnya cucu-cucu tersebut menolak pemberian hibah datuk tersebut dengan alasan tidak mahu ada sebarang urusan dan pertalian dengan keluarga tersebut. Walau pun telah meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya yang baik  namun perasaan marah masih lagi tersemat di jiwa mereka. Dan seolah-olah tidak boleh dihapuskan. 

Datuk tersinggung dengan penolakan tersebut malah sangat sedih atas sikap cucu beliau. Walau pun niat beliau murni tetapi mendapat tindak balas yang negatif daripada cucu. 

Bagi pasangan yang telah bercerai janganlah diabaikan kebajikan dan kasih sayang anak-anak. Ikatan perkahwinan suami dan isteri  telah terputus tetapi tanggung jawab dan kasih sayang kepada anak tidak akan terputus. Jangan lah didera perasaan mereka. Berilah sepenuh perhatian kepada mereka. 

Datuk, nenek atau pak cik dan makcik  kepada anak-anak tersebut wajib membantu keperluan mereka serta menjaga kebajikan mereka.  Janganlah kerana perceraian tersebut kebajikan mereka langsung tidak diambil tahu. Jika mereka diabaikan oleh bapa maka datuk, nenek, mak cik dan mak cik sebelah bapa perlu memikul tanggungjawa menjaga keperluan anak-anak tersebut. 

Manakala bagi pasangan yang telah bercerai jangan memburukan bekas pasangn dihadapan anak kerana ia akan mengundang perasaan dendam dan tidak hormat anak-anak kepada ibu dan bapa. 

Anak-anak dibesarkan mengikut acuan dan cara mereka dididik . Kalau dididik dengan unsur dendam dan negatif maka anak akan menjadi pendendam and bersikap megatif. Sebaliknya jika di didik dengan penuh hemah dan kebaikkan maka anak akan membesar dengan sifat dan budi pekerti yang mulia. 

Sayangi lah anak-anak kita. Mereka adalah harta yang sangat berharga dan bernilai. 





Rabu, 25 Jun 2014

Kerana Harta Sanggup Aibkan Orang

Assalamuaikum


Perceraian adalah perkara yang di haruskan di dalam Islam tetapi antara perkara yang dibenci Allah.
Kebanyakan Perceraian yang berlaku akan berakhir dengan keburukan dimana ia boleh menyebabkan semua kebaikan setiap pihak yang terlibat dilupakan sebaliknya perkara yang buruk akan ditimbulkan.

 Hari ini hati saya tersentap apabila membaca berita  mengenai tuntutan Harta Sepencarian pasangan profil tinggi. Tuntutan dibuat oleh bekas isteri bernilai sangat tinggi melibatkan jutaan ringgit. Sudah tentu tuntutan dibuat berdasarkan kemampuan bekas suami tersebut.

Sangat menyedihkan kerana enggan melayani tuntutan bekas isteri serta untuk menyelamatkan harta beliau jatuh ketangan bekas isteri maka  bekas suami tersebut rela memberi kenyataan yang sangat mengaibkan bekas isteri dan menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu.
Manusia yang berajakan harta sanggup buat apa saja untuk harta. Tiada langsung rasa ihsan terhadap orang yang pernah disayangi suatu ketika dahulu

Ketahuilah bahawai hak ke atas Harta Sepencarian sama sekali tidak akan gugur dengan dakwaan tersebut sekalipun benar. Walaupun wanita tersebut disabitkan nusyuz atau derhaka terhadap suami hak beliau tetap terpelihara cuma berapa banyak hak beliau akan mahkamah putuskan berdasarkan sumbangan langsung atau tidak beliau ke atas perolehan harta.

Hai ceteknya ilmu, agama serta akhlak lelaki ini....




 

Ahad, 22 Jun 2014

Think Big Act Small


Sumber : Jason Jennings

  • Don't get locked into long-term plans based on fairy tale numbers
  • Don't become preoccupied with tomorrow. Take care of customers today
  • Don't let greed cloud your vision
  • Don't obsess on the big something you're trying to achieve. Take it in bite-sized pieces
  • Set targets that people can see and believe
  • Keep doing what's worked in the past
  • Don't chase big numbers for the sake of the big numbers
  • Don't let long -term plans become anchors

Isnin, 21 April 2014

Apa yang kita boleh buat dengan seminit

Teks:  Majalah Solusi


Tidak banyak yang boleh kita buat dengan seminit.
DENGAN SEMINIT KITA HANYA SEMPAT buat salah satu perkara berikut:
 

  1. berzikir ringkas  sebanyak 100 kali contoh  Subhanallah wa bihamdih..
  2. berselawat sebanyak 30 kali
  3. membaca sural al-Ikhlas sebanyak 15 kali
  4. membaca surah al Fatihah sebanyak 5 kali
  5. memberi salam  dan berjabat tangan dengan 5 orang
  6. membaca 2 helai halaman daripada majalah bermanafaat
  7. membaca sehelai halaman al-Quran
  8. mendapat reda dan restu ibu bapa dengan menelefon dan bertanya khabar mereka di kampung
  9.  mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada Allah 
Ya, Tidak Banyak yang boleh dilakukan dengan seminit. 
Semoga seminit tersebut mampu memberi manfaat dan pahala serta mendapat reda Allah. 
Insya Allah. 

Apa lagi jom... beramal seminit yang sangat berharga. 

Selasa, 1 April 2014

Kesal

assalamualaikum....

Subhanallah, sesungguhnya apa yang berlaku hanya Engkau yang tahu rahsia dan hikmahnya...


Sesungguhnya benar masa itu emas.
Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat berpatah semula.....


Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Kerana terlalu berlengah serta mengambil ringan akan sesuatu perkara akhirnya membawa mudarat yang berpanjangan atau seumur hidup.

Setelah sedar, bangkitlah dan bertindaklah membaiki keadaan diiringi doa agar Allah memudahkan segala usaha dan urusan. Selebihnya tawakal Allah.