Jumaat, 24 April 2015

Hibah polisi Takaful

Assalamualaikum,


Hibah pada asasnya mestilah untuk harta milik mutlak pemilik. Dengan kata lain mestilah bebas hutang dan tiada cagaran. Tapi IFSA 2013 (Islamic Financial Sevices Act 2013) telah membenarkan Hibah ke atas manfaat kematian takaful. Kenapa boleh sedangkan wang Takaful hanya dapat bila peserta meninggal dunia. IFSA 2013 mengunakan konsep Hibah Bersyarat (conditional Hibah).  Hibah bersyarat ini sebenarnya isu fiqh yang terdapat perbezaan pendapat. Persoalannya adakah  Hibah bersyarat ini sah atau tidak sah. 

Memandangkan telah ada akta di atas yang digazetkan oleh parlimen  iaitu wakil  pemerintah dan Bank Negara sebagai penguatkuasa maka hibah bersyarat bagi hibah takaful adalah sah dan dibenarkan dan dianggap sejajar dengan ayat Al Quran bermaksud" Taatilah Allah, Rasul dan Pemerintah dikalangan kamu. 

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai hibah takaful dan Amanah Takaful sila hubungi amnafazillahismail@gmail.com.



# saya gemar Jus Buah-Buahan Sihat Sunnah kerana sangat berkhasist;
# saya jual Jus BuahBuahan Sihat Sunnah# anda berminta sila whatsapps 0193305432#




Khamis, 23 April 2015

Sihat bersama lemon panas

Asssalamuaikum,


Hari ini akan sibuk sepanjang hari  jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari  ada mesyuarat di Pejabat. Jam 2 petang  ada mesyuarat dengan waris pusaka di Ampang. Jam 1 tengahari dah kena keluar  dari ofis diKelana Jaya untuk ke Ampang. Harap-harap meeting boleh habis sebelum Jam 5 Petang. Kalau tidak masak saya nak harungi jam balik rumah dari Ampang ke Petaling Jaya. Lagi-lagi kalau hujan. Pastinya kereta bersusun atas jalan. 

Memandang hari yang akan sibuk jadi saya ambil sarapan yang mudah dan ringan sahaja. Quaker Oat dan air lemon panas tanpa gula. Insya Allah bagi tenaga setengah hari. Air lemon suam bersifat alkali walaupun rasanya masam dan sangat baik untuk kesihatan membantu sistem pencernaan atau detoks. Rasa pahitnya merupakan anti kanser. Mengambil segelas lemon suam boleh mengurangkan risiko sakit kanser. Insya Allah. Semoga urusan saya dipermudahkan dan diberkati Allah. 




#saya jual jus buah-buahan siahat sunnah#
# jika berminat boleh whatsapps/call 0193305432/0193305434* 

























Rabu, 22 April 2015

Keledek Jepun Rebus

Assalamuaikum.

 
Kalau pergi ke Cameron Highland biasanya orang akan cari strawberi. Saya pulak makanan yang paling utama saya cari adalah keledek. Memang pengemar keledek terutamanya keledek Jepun yang kulit warna ungu tapi isinya berwarna kuning. Cara masak pun sangat mudah rebus saja 20 minit dah masak dan boleh dimakan panas-panas. Saya suka sangat rasanya yang manis dan lemak . Ini memang makanan tradisi keluarga saya. Sejak  kecil lagi mak memang kerap rebus keledek buat minum petang bersama air teh atau kopi panas. 

Saya memang gemar keledek jepun ini tetapi saya tak tahu khasiatnya ada begitu banyak sehinggalah seorang teman disahkan mengidap kanser,  yang saya tahu bila makan mesti kenyang. Saya lihat setiap pagi beliau makan keledek jepun yang direbus sebagai sarapan pagi. Ooooo rupanya makanan kegemaran saya ini merupakan Anti Kanser. Kaya dengan  Beta Karotena atau Vitamin A. Vitamin A sangat penting untuk mencegah beberapa jenis kanser. Ia juga mengandungi serat yang tinggi berbanding Ubi Kentang disamping baik untuk jantung. 

Memandangkan khasiatnya banyak memang saya kerap rebus dan bawa keledek jepun ini ke ofis sebagai sarapan pagi atau kudapan seminggu 3 kali. Hari ini pun sarapan dengan keldedek rebus. Malangnya suami dan anak-anaka tak gemar jadi mama saja lah yang makan. Sekarang ini memang saya amalkan makan keledek Jepun ini seminggu 3 kali untuk kesihatan yang lebih baik. Insya Allah. 

Disamping menjaga pemakanan memandangkan usia telah meningkat saya juga amalkan Jus Buah-Buahan Sunnah daripada Sihat Sunnah. Alhamdulillah cergas sepanjang hari. 

Jika anda minat nak tahu lebih lanjut berkenaan jus ini jangan malu dan segan  Whatsapps atau call saya di 0193305432/0193305434

4141






Rabu, 15 April 2015

Hilangnya nilai kemanusiaan

Assalamualaikum,


Sibuknya saya semalam. Ada 3 majlis bacaan wasiat di Pejabat  pagi tengahari dan petang. 
Pelbagai ragam dan karenah ahli waris yang perlu dilayan.  

2 Kes tiada masalah. Keluarga orang berada  dan harta yang ditinggalkan pun alhamdulillah banyak dan tiada hutang melainkan hutang kredit kad bulan terakhir sebelum meningga. Waris pun setuju untuk membayar hutang tersebut segera. 

 Kes ketiga  menyentuh hati saya, simati meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki tunggal berusia 8 tahun. Harta yang dicatat di dalam wasiat bernilai lebih kurang RM3 juta tetapi kami dimaklumkan kebanyakan harta telah dijual  dan digunakan semasa allahyarham hidup dan sakit . Hanya sebuah rumah flat dan sedikit  wang simpanan di bank yang tinggal. Hutang  kredit kad pula sebanyak RM40 ribu digunakkan untuk bayar bil hospital dan perubatan sepanjang 1.5 tahun terlantar sakit. Ternyata jumlah wang simpanan yang ditinggalkan tidak cukup untuk menampung hutang tersebut. 

Menurut isteri  rumah yang beliau tinggal semenjak arwah suami sakit adalah rumah pusaka daripada keluarga arwah suami. Amat menyedihkan seminggu selepas suami meninggal. Adik beradik arwah telah memberi notis kepada isteri arwah yang tidak bekerja  dan anak untuk keluar rumah dengan kata lain mereka di halau dengan alasan isteri tiada hak  ke atas harta tersebut.  Kesian dan simpati mendengar cerita. 

Zalimnya manusia, tiada hati perut. Sepatutnya balu dan anak yatim tersebut dibela dan dijaga kebajikan mereka. Ini tidak kerana harta yang tidak seberapa hilang sifat kemanusiaan. 

Semoga kita semua  dilindungi dan dipelihara daripada sikap kejam manusia. Dan semoga kita tergolong daripada orang-orang yang penuh dengan sifat belas kasihan dan saling sayang menyanyangi sesama insan. Insya Allah. 

Kisah ini juga memberi saya peringatan untuk berusah dan mencari rezeki serta harta sendiri agar apabila berlaku perkara yang tidak diingini boleh menampung diri sendiri dan anak anak serta keluarga. Muhasabah diri sendiri setiap kali menguruskan harta pusaka simati dan melayan kerenah ahli waris.  



#  Jus buah-buahan sunnah daripada sihat sunnah memberi tenaga sepanjang hari UNTUK ANDA YANG AKTIF DAN SIBUK, WARGA TUA DAN PENGIDAP PENYAKIT MERBAHAYA dan merupakan anti kanser  .#

Berminat sila whatsapps/sms/call 0193305432/ 0193305434


Selasa, 14 April 2015

Kerjasama waris penting untuk melicinkan pentadbiran pusaka




Dalam pentadbiran pusaka kerjasama daripada ahli waris amatlah penting bagi melancarkan pentadbiran harta pusaka. Waris-waris perlulah menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pihak wasi/pentadbir  yang dilantik untuk proses permohonan surat kuasa dan sijil faraid. 

Prosedur  pertama yang wajib dilalui adalah permohonan sijil faraid (bagi muslim) di mahkamah syariah dan surat kuasa mentadbir atau probate di mahkamah tinggi sivil. 

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Sijil Faraid  di mahkamah Syariah dan  permohonan surat kuasa mentadbir di mahkamah tinggi atau unit pusaka kecil pejabat tanah adalah Senarai harta terkini yang ditinggalkan beserta dokumen sokongan beserta jumlah, senarai  hutang termasukcukai pendapatan,  zakat, haji yang belum ditunaikan dan  fidyah puasa, salinan kad pengenalan  atau  surat beranak setiap waris faraid. Jika salah seorang waris  telah meninggal dunia sebelum si mati  maka salinan sijil kematian diperlukan sebagai bukti kematian dan salinan sijil nikah. Bagi permohonan sijil  Faraid   ada negeri yang perlukan laporan penilaian hartanah daripada penilai berdaftar. 

Kegagalan menyediakan dokumen-dokumen diatas meyebabkan proses permohonan tersebut didak berjalan lancar. Pembaca-pembaca semua dinasihat untuk menyimpan dokumen-dokumen berkenaan dengan baik dan silalah berkongsi maklumat tersebut dengan  pasangan masing-masing supaya apabila kita maka tiada suami/isteri tidak susah mencari maklumat-maklumat tersebut. 

Anda ingin mengetahui lebih  lanjut mengenai pentadbiran harta pusaka boleh email saya di amnafazillahismail@gmail.com 


Saya menjual Jus Buah-Buahan Sunnah daripada Sihat Sunnah. Jus ini amat berkasiat sebagai anti kanser, penyembuh penyakit SLE dan penyakit kulit . Memberi dan memulihkan tenaga kepada pengidap penyakit kronik . Anda berminat sila email atau whatsapps 019-3305432/0193305434




Isnin, 13 April 2015

Jom Sihat dengan makanan Sunnah


Assalamualiakum,


Dalam tempoh 2 tahun ini  seramai 5 orang yang saya kenal rapat telah disahkan mengidap pelbagai sakit kanser  ada yang  mengidap kanser payu dara, darah, hidung, uterus, dan usus. Ada yang sedang menjalinin rawatan, yang telah pulih dan juga yang meninggal dunia kerana lewat mendapat rawatan. Kalau dulu agak sukar untuk mendengar cerita-cerita begini. Tapi kini ia seolah-olah satu penyakit yang sangat biasa.

Kajian banyak telah dibuat  dan ternyata bahawa  faktor pemakanan dan gaya hidup merupakan penyumbang besar kepada penyakit kanser. Gaya hidup yang sangat sibuk menyebabkan ramai diantara kita  kurang bersenam serta mengambil makanan  segera dan sejuk beku yang banyak bahan awet dan tidak berkhasiat. Untuk meminimumkan risiko mengidap kanser kita perlu mengubah corak pemakanan dan gaya hidup.

Jom kita bersenam sekurang-kurangkan 3 kali seminggu selama 30 minit yang berkualiti serta mengambil makanan yang berkhasiat serta halal daripada sumber makanan sunnah seperti buah delima, za'fran, zaitun, tin, kurma, kismis, madu lebah, habatussauda,  air zam-zam dan lain-lain










Jumaat, 10 April 2015

Duti Setem Untuk Pindah Milik Harta Tak Alih melalui Pusaka



Assalamualaikum, 


Duti Setem cukai yang di kenakan oleh kerajaan untuk pindah milik Harta Tak Alih (harta tanah). Kebanyakan daripada kita hanya tahu bahawa duti setem hanya dikenakan untuk urusan pindah milik hartanah semasa hayat samada melalui jual beli hartanah atau pindah milik biasa atau  atas dasar kasih sayang mengikut skala yang ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan harga semasa hartanah tersebut. 

Ramai diantara kita yang tidak sedar dan tahu bahawa pindah milik hartanah melalui pusaka/perwarisan adakalanya akan tertakluk kepada duti.  Ramai beranggapan bahawa tiada sebarang cukai akan dikenakan kerana Cukai Pusaka di Malaysia telah dimansuhkan sejak zaman Dato Sri Anwar Ibrahim bertindak sebagai menteri Kewangan. Duti Setem akan dikenakan keatas pindah milik hartanah melalui pusaka di dalam keadaan tertentu yang akan saya huraikan di bawah. 

Skala Duti Setem untuk pindahmilik harta tak alih  yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:


RM100,000 pertama


1%
Melebihi RM100,000 hingga RM500,000
2%
Melebihi  RM500,000
3%

Pengiraan Duti Setem yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

A.                Pusaka Berwasiat


  1. Sekiranya pembahagian mengikut Faraid maka Duti Setem adalah nominal RM10/satu geran
  2. Sekiranya pembahagian mengikut kandungan Wasiat maka Duti Setem adalah nominal RM10/satu geran;
  3. Sekiranya pembahagian tidak mengikut Faraid dan tidak mengikut Wasiat iaitu waris bersetuju pembahagian dibuat berdasarkan persetujuan bersama dianatara mereka tanpa mengikut kandungan wasiat sepenuhnya. Duti Setem adalah seperti berikut:          

  • Duti Setem untuk bahagian Faraid   adalah nominal RM10/satu geran; dan
  •  Duti Setem untuk bahagian bakinya adalah mengikut skala yang ditetapkan
Contoh:

Di dalam wasiat pewasiat membahagikan semua  harta tak alih secara sama rata kepada isteri dan anak-anak . Setelah beliau meninggal dunia maka isteri dan anak-anak bersetuju untuk membahagikan harta seperti berikut:

1.      Rumah di Taman Tun Dr. Ismail  bernilai RM800,000.00 diberikan kepada Isteri
2.      Rumah di SS2 Petaling Jaya  bernilai RM1,600,000.00  diberikan kepada anak lelaki sulung
3.      Rumah di Kelana Jaya bernilai RM1,000,000.00 diberikan kepada anak lelaki bongsu

Bahagian Faraid waris  Faraid adalah seperti berikut:

1.      Isteri – 1/8
2.      Anak Lelaki Sulung – 7/16
3.      Anak Lelaki Bongsu- 7/16


1.    Rumah di Taman Tun Dr. Ismail  bernilai RM800,000.000 diberikan kepada Isteri

  •   Bahagian Faraid isteri 1/8  iaitu bernilai  RM100,000.00. Duti Setem adalah nominal                RM10.00 ;  dan
  •  Bahagian bakinya iaitu bernilai RM700,000.00.. Duti Setem adalah mengikut skala yang         ditetapkan  iaitu  sebanyak   RM15,000


2.  Rumah di SS2 Petaling Jaya  bernilai RM1,600,000.00  diberikan kepada anak lelaki sulu
  •  Bahagian Faraid anak lelaki sulung  7/16   iaitu bernilai  RM700,00.00 Duti Setem adalah nominal RM10.00 Bahagian bakinya iaitu bernilai RM900,000.00, Duti Setem adalah mengikut skala yang ditetapkan iaitu sebanyak RM21,000

3.   Rumah di Kelana Jaya bernilai RM1,000,000.00 diberikan kepada anak lelaki bongsu
  • Bahagian Faraid anak lelaki bongsu  7/16 iaitu bernilai  RM437,500.00 Duti Setem adalah nominal RM10.0
  • Bahagian bakinya iaitu bernilai 562,500, Duti Setem adalah mengikut skala yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10,875.00

II.       Pusaka Tanpa Berwasiat


  1. Sekiranya  pembahagian mengikut Faraid – Duti Setem adalah Nominal RM10 /satu geran 
  2. Sekiranya pembahagian mengikut permuafakatan dan persetujuan waris maka tertakluk             kepada :


  •       Duti Setem untuk bahagian Faraid   adalah nominalRM10/satu geran; dan
  •       Duti Setem untuk bahagian bakinya adalah mengikut skala yang ditetapkan

Di harap perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua dan pembaca dapat membuat perancangan harta dengan betul dimana harta tak alih dan harta alih perlu seimbang agar tidak membebankan waris-waris yang ditinggalkan. 
Sebarang bertanyaan boleh dimajukan ke amnafazillahismail@gmail.com

S