Rabu, 10 Jun 2015

Testimoni Belajar Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship

Assalamuailaikum

Alhamdulillah sampai juga saya ke entri ini iaitu tugasan yang terakhir.Saya gemar membaca blog orang dan merasa kagum dengan penulisan  dan gaya blogger. Saya memasang niat untuk memiliki blog seperti mereka dan hasrat tersebut telah lama terpendam iaitu sejak 2008. Walau bagaimanapun kerana ceteknya ilmu IT saya serta kesibukan bekekerja dan menguruskan keluarga menyebabkan hasrat saya terpendam begitu sahaja.

Pada tahun 2014 hasil carian di internet  rezeki menyebelahi saya apabila saya bertemu dengan Cikgu Zaila Binti Mohamed iaitu  pengurus Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Saya amat kagum dengan penubuhan ABDR dimana objektifnya membantu golongan suri rumah menjana pendapatan dari rumah. Setelah membaca review daripada bekas pelajar ABDR saya nekad untuk menyertai nya. Saya menghubungi Cikgu Zaila untuk langkah seterusnya iaitu menjadi pelajar beliau dan saya mendaftar kelas Asas Blog Fan Page & Dropship. Pembelajaran adalah secara online. Cikgu Zaila amat berkebolehan dan sangat baik hati membimbing saya untuk merealisasikan impian saya membina blog.

Pada pandangan saya kelas ini sangat bagus kerana model pembelajaran yang sangat berkesan dan sistematik serta melatih para belajar menjadi blogger yang bagus dan menulis secara konsisten. Para pelajar bukan sahaja dapat ilmu dan mahir dalam blog tetapi juga layak untuk menjadi ahli ABDR dimana rangkaian networking pelajar akan menjadi besar dan mereka ini akan memberi sokongan diantara satu sama lain. Hasilnya mereka boleh menjana pendapatan daripadanya. Walau pun niat asal saya membina blog bukanlah untuk menjana pendapatan tetapi apabila menyertai kumpulan ini  secara tidak langsung saya mendapat ilmu dan belajar untuk berniaga secara online dan menjana pendapatan daripada blog, Saya amat suka dengan pendedahan ini.

Oleh kerana rutin saya yang sangat sibuk dengan kerjaya serta menguruskan keluarga saya mengambil masa 1 1/2 tahun untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila. Ya,  sangat lama sedangkan pelajar lain boleh menyiapkan tugasan hanya dalam tempoh 1 hingga 2 bulan sahaja. Cikgu Zaila tidak jemu membimbing saya serta memberi galakan untuk saya mencapai impian. Penubuhan kumpulan Whatapps untuk pelajar yang ditubuhkan oleh Cikgu Zaila juga sangat membantu saya untuk menaikkan semangat menyiapkan tugasan. Terima kasih Cikgu Zaila kerana membimbing saya sehingga berjaya menyiapkan blog ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan