Teks: Amna Fazillah Ismail
A. Kenapa perlu perlindungan Takaful?
1. Untuk memastikan anda masih dilindungi dan mempunyai sumber kewangan sekiranya disahkan koma atau berlaku kecacatan kekal
atau menghidap penyakit kritikal;
2. Untuk
memastikan anak-anak atau isteri/suami
dilindungi serta mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan sekiranya
anda meninggal dunia maka
B. Kepada siapa wang
tersebut anda ingin bahagikan dan bagaimanakah caranya?
Terdapat 3 pilihan:
- wang takaful digunakan untuk pengurusan Harta Pusaka dan bakinya dibahagikan mengikut hukum Faraid kepada waris faraid. Anda perlu menamakan seorang individu sebagai wasi dalam borang penamaa.
- wang takaful diberikan secara keseluruhan/ lump sum kepada benefisiari khusus/ tertentu sebagai penerima Hibah yang mutlak. Anda perlu menamakan individu tersebut sebagai penerima Hibah di dalam borang penamaan.
- wang takaful diberikan kepada benefisiari khusus/ tertentu mengikut cara pengagihan, arahan dan yarat yang ditetapkan anda dan akan diuruskan oleh pemegang amanah. Anda perlu membuat amanah takaful (surat ikatan amanah) serta membuat penyerahan hakmilik polisi takaful (absolute Assignment) kepada pemegang amanah.
Ya, dibenarkan dan anda perlu membuat pilihan samada membuat penamaan Hibah atau penyerahan hakmilik polisi kepada pemegang amanah.
D. Risiko jika menamakan individu sebagai Wasi atau Penerima Hibah
1. Risiko Menamakan isteri atau suami sebagai
penama.
- Mampukah isteri/suami menguruskan wang tersebut dengan baik.
- Mendedahkan beliau kepada risiko dimanipulasi atau ditipu. Mampukah beliau menangkis cubaan atau godaan orang sekeliling yang mendampingi beliau dengan niat jahat setelah tahu beliau telah menerima wang takaful yang banyak.
- Jika beliau dinamakan sebagi wasi maka cukupkah ilmu atau pengetahuan beliau berkaitan pengurusan dan pentadbiran pusaka.
- Apakah akan berlaku jika penama tersebut meninggal dunia serentak bersama anda? Wang takaful tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah mahkamah keluarkan Surat Kuasa Mentadbir (jika meninggal dunia tanpa wasiat) atau Geran Probet (jika meninggal dunia berwasiat) yang memakan masaya yang panjang.Sepanjang tempoh tersebut ahli keluarga tiada sumber pendapatan untuk meneruskan hidup. manakal aset-aset lain telah terbeku.
2. Risiko menamakan anak-anak di bawah umur 18
tahun sebagai Wasi atau Penerima Hibah
dalam borang penamaan.
Sekiranya masa anda meninggal dunia dan ada anak yang belum berusia 18 tahun maka wang takaful akan dibayar kepada ibu atau bapa yang bertindak sebagai penjaga beliau .
Persoalannya adakah anda pasti bahawa bahagian anak tersebut akan terjamin jika diuruskan oleh penjaga tersebut. Risiko manipulasi.
Sekiranya ibubapa meninggal dunia serentak bersama atau terlebih
dahulu maka yang kemungkinan berikut akanberlaku;
a) Jika wang tersebut tidak melebihi RM50 ribu akan
diberikan kepada mana-mana penjaga sah anak tersebut
b) Jika wang tersebut melebihi RM50 ribu akan diberikan
kepada Pemegang Amanah Awam (Amanah Raya
Berhad) untuk diuruskan sehingga anak
berusia 18 tahun.
Sebarang tuntutan saraan diri perlu melalui Pemegang Amanah Awam.
Maka tujuan
asal Perlindungan Takaful iaitu membantu diri serta keluarga serta merta ketika kesukaran akan
tersasar.
E. Apakah langkah terbaik untuk memastikan wang takaful diagihkan kepada benefisiari yang diiginkan .
Membuat Amanah Takaful. Dimana anda perlu menyerahakmilik polisi takaful anda kepada Pemegang Amanah serta menandatangani surat ikatan amanah untuk tujuan tersebut.
F. Kenapa Amanah Takaful sangat penting
Membuat Amanah Takaful. Dimana anda perlu menyerahakmilik polisi takaful anda kepada Pemegang Amanah serta menandatangani surat ikatan amanah untuk tujuan tersebut.
F. Kenapa Amanah Takaful sangat penting
- Pengagihan wang takaful tidak tertakluk kepada hukum faraid. Boleh diberikan kepada mana-mana benefisiari yang dipilih. Boleh menamakan benefisiari gantian jika benefisiari utama meninggal dunia. Pembayaran wang takaful melalui amanah takaful dibuat kepada Pemegang Amanah. Ada Unsur kawalan terhadap pengagihan dan pengeluaran wang. Pemegang Amanah akan membahagikan kepada benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam surat ikatan amanah yang disediakan oleh syarikat pemegang amanah.
- Didalam surat ikatan amanah anda berhak menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan kepada benefisiari. Pemegang Amanah adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
- Walaupun benefisiari di bawah umur tetapi masih lagi haknya terjamin dan akan segera mendapat manfaat segera daripada wang takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam surat ikatan amanah. Sebaliknya Pembayaran wang takaful melalui Hibah adalah secara bayaran keseluruhan/Lump sump. Setelah Benefisiari menerima wang tersebut maka beliau bebas untuk menggunakan serta membelanjakan wang tersebut mengikut kehendak beliau tanpa kawalan.
- Cuba anda fikirkan, sekiranya benefisiari baru berusia 18 tahun menerima wang tersebut, mampukah beliau menguruskan wang tersebut dengan baik? Beliau boleh menghabiskan wang tersebut dengan membeli barangan mahal atau untuk sebarang tujuan bersukaria dalam tempoh yang singkat. Ini akan mengundang sifat malas dan kurang daya saing kerana telah mendapat kemewahan pada usia yang muda
G. Apakah isikandungan Amanah Takaful
- Arahan untuk mengawal tujuaan penggunaan wang takaful. Boleh menetapkan tujuan penggunaan sebagai contoh untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan saraan diri . Cara bayaran yuran pendidikan, jumlah saraan diri sepanjang tempoh pendidikan. Contoh Pemegang Amanfah membayar yuran pendidikan terus kepada kolej, jumlah elaun saran diri adalah RM3,000 setiap bulan serta pengagihan secara berperingkat.
- Arahan untuk membayar hutang( jika ada)
- Arahan untuk mengembangkan harta amanah melalui pelaburan yang selamat
- Tujuan sedekah jariah
- Lain-lain tujuan keperluan dan mematuhi undang-undang dan hukum syarak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan