PEMBATALAN WASIAT
Pewasiat boleh membatalkan/menarik balik Wasiat beliau pada bila-bila masa semasa hayat beliau.
Walau bagaimanapun, apabila pewasiat telah meninggal dunia,
tiada pembatalan boleh dilakukan kerana Wasiat tersebut telah
berkuatkuasa. Begitu juga waris-waris
juga TIADA KUASA untuk membatalkan Wasiat dan/atau membatalkn perlantikan wasi di dalam Wasiat tersebut.
Hanya PERINTAH MAHKAMAH
sahaja boleh membatalkan Wasiat
atau perlantikan wasi sekiranya Wasiat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Juga, menjadi satu kesalahan jika
waris-waris menafikan bahawa pewasiat mempunyai Wasiat sedangkan mereka mengetahui tentang kewujudan
Wasiat tersebut.
Berikut adalah peruntukan
Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) 1999 (pindaan 2016 ):
Bahagian III- Pembatalan wasiat
SS 12 (a). Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika
Pewasiat menarik balik wasiatnya
Bahagian IV–
Perlaksanaan Wasiat
SS 15 (2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik
balik :
(a)
Jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan
atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa
dia telah menarik balik wasiatnya.
SS 16- Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik
balik wasiatnya atas sebab:
(a)
Penafian wasiat tersebut oleh orang
lain
Wasiat yang lengkap adalah sah semasa hayat pewasiat dan akan berkuatkuasa apabila beliau
meninggal dunia. Ini bermakna Wasi yang dilantik wajar melaksanakan wasiat
tersebut serta membuat permohonan geran
probet di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mengesahkan perlantikan wasi tersebut di
sisi undang-undang.
Walau bagaimana pun, wasi
yang telah dilantik berhak dan boleh
menggunakan budibicara untuk menolak perlantikan tersebut (Renunciation) atas
alasan-alasan yang munasabah.
SS 8. Probate and
Administration Act 1959 :
“Any person who is or
may become entitled to representation may expressly renounce his right to the
representation “
Dari segi perlaksanaan, as-Salihin boleh menggunakan budibicara
untuk membuat penolakan perlantikannya
sebagai wasi atas alasan munasabah
seperti harta pusaka yang ditinggalkan oleh pewasiat tidak memadai atau
mencukupi untuk membayar kos guaman bagi permohonan geran probet, sijil faraid
serta kos-kos pentadbiran seperti yuran pentadbiran pusaka, yuran pindah milik,
setem duti dan sebagainya. Dimana waris perlu menanggung kos-kos berkenaan dan
waris tersebut tidak berkemampuan. Penolakan
perlantikan ini wajar dibuat untuk
kebaikan serta tidak membebankan waris.
Setelah as-Salihin menolak perlantikan, wasiat yang asal akan diserahkan kepada
pentadbir pusaka yang telah dipilih dan dipersetujui oleh semua waris pewasiat.
as-Salihin turut mengenakan bayaran minimum yang munasabah
bagi menampung kos perjalanan serta masa yang telah digunakan oleh pegawai
kami untuk majlis pembacaan wasiat, penerangan serta khidmat nasihat kepada waris untuk
menguruskan pusaka pewasiat dengan cara yang betul.
Ditekankan bahawa, bayaran yang dikenakan semasa hayat pewasiat
adalah bayaran untuk penyediaan dokumen wasiat dan bayaran tersebut tidak
meliputi bayaran pelaksanaan wasiat dan pentadbiran harta pusaka pewasiat
selepas kematian beliau.
Semasa hayat pewasiat, selain daripada bayaran penyediaan
wasiat, as-Salihin tidak mengenakan sebarang bayaran lain samada bayaran
bulanan atau tahunan untuk memastikan wasiat boleh dilaksanakan selepas
kematian pewasiat serta membiayai kos pentadbiran pusaka. Bayaran pentadbiran
pusaka hanya akan dikenakan apabila as-Salihin memulakan pentadbiran pusaka
selepas kematian pewasiat dan kos
tersebut akan ditanggung/dibiayai oleh harta pusaka pewasiat.
Amna Fazillah Ismail
Timbalan Presiden
as-Salihin Trustee
Berhad
888 casino - Dr.MCD
BalasPadam888 Casino is 대전광역 출장안마 located at 상주 출장안마 6111 Maricopa Rd. Maricopa, AZ 85139. The 정읍 출장마사지 casino offers a 충주 출장샵 variety of slots, table games, and 포항 출장마사지 video poker.