Teks: Amna Fazillah Ismail
A. Kenapa perlu perlindungan Takaful?
1. Untuk memastikan anda masih dilindungi dan mempunyai sumber kewangan sekiranya disahkan koma atau berlaku kecacatan kekal
atau menghidap penyakit kritikal;
2. Untuk
memastikan anak-anak atau isteri/suami
dilindungi serta mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan sekiranya
anda seminggal dunia maka
B. Kepada siapa wang
tersebut anda ingin bahagikan dan bagaimanakah caranya?
Terdapat 3 pilihan :
- wang takaful digunakan untuk pengurusan Harta Pusaka dan bakinya dibahagikan mengikut hukum Faraid kepada waris faraid. Anda perlu menamakan seorang individu sebagai wasi dalam borang penamaan
- wang takaful diberikan secara keseluruhan/ lump sum kepada benefisiari khusus/ tertentu sebagai penerima Hibah yang mutlak. Anda perlu menamakan individu tersebut sebagai penerima Hibah di dalam borang penamaan
- wang takaful diberikan kepada benefisiari khusus/ tertentu mengikut cara pengagihan, arahan dan syarat yang ditetapkan anda dan akan diuruskan oleh pemegang amanah. Anda perlu membuat amanah takaful (surat ikatan amanah) serta membuat penyerahan hakmilik polisi takaful (absolute Assignment) kepada pemegang amanah.
C. Risiko jika menamakan individu sebagai Wasi atau Penerima Hibah
1. Risiko Menamakan isteri atau suami sebagai
penama.
- Mampukah isteri/suami menguruskan wang tersebut dengan baik.
- Mendedahkan beliau kepada risiko di manipulasi atau ditipu
- Mampukah beliau menangkis cubaan atau godaan orang sekeliling yang mendampingi beliau dengan niat jahat setelah tahu beliau telah menerima wang takaful yang banyak.
Jika dinamakan sebagai wasi maka cukupkah ilmu
atau pengetahuan beliau berkaitan pengurusan dan pentadbiran pusaka
·
Apa akan berlaku jika beliau meninggal serentak
bersama anda?
Wang takaful
tersebut hanya boleh dikeluarkan setelah mahkamah keluarkan Surat kuasa
Mentadbir (meninggal tanpa wasiat) atau
Geran Probet (meninggal berwasiat) yang
memakan masa diantara 3 hinga 6 bulan .
2.
Risiko menamakan anak-anak di bawah umur 18
tahun sebagai Wasi atau Penerima Hibah
dalam borang penamaan.
·
Sekiranya masa anda meninggal dunia anak belum
berusia 18 tahun maka wang takaful akan dibayar kepada ibubapa yang bertindak sebagai penjaga beliau .
Persoalannya adakah anda pasti bahawa bahagian anak tersebut
akan terjamin jika diuruskan oleh penjaga tersebut. Risiko manipulasi.
Sekiranya ibubapa meninggal dunia serentak bersama atau terlebih
dahulu maka yang berikut akan berlaku:;
a)
Jika wang tersebut tidak melebihi RM50 ribu akan
diberikan kepada mana-mana penjaga sah anak tersebut
b)
Jika wang tersebut melebihi RM50 ribu akan diberikan
kepada Pemegang Amanah Awam (Amanah Raya
Berhad) untuk diuruskan sehingga anak
berusia 18 tahun.
Anak akan
mengalami karenah birokrasi untuk membuat tuntutan saraan diri.
Maka tujuan
asal Perlindungan Takaful iaitu membantu diri serta keluarga ketika kesukaran akan
tersasar.
D. Kenapa Amanah Takaful sangat penting
1. Pengagihan wang takaful tidak tertakluk kepada hukum faraid.
Boleh diberikan kepada mana-mana benefisiari yang dipilih. Boleh menamakan
benefisiari gantian jika benefisiari utama meninggal dunia.
2. Pembayaran wang takaful
melalui amanah takaful dibuat kepada Pemegang Amanah. Ada Unsur kawalan
terhadap pengagihan dan pengeluaran wang. Pemegang Amanah akan membahagikan kepada
benefisiari serta menguruskannya mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di
dalam surat ikatan amanah yang disediakan oleh syarikat pemegang amanah.
Didalam surat ikatan amanah anda berhak
menentukan dan mengawal cara wang tersebut dibelanjakan serta dibahagikan
kepada benefisiari. Pemegang Amanah adalah badan pelaksana kawalan tersebut.
Walaupun benefisiari di bawah
umur tetapi masih lagi haknya terjamin dan akan segera mendapat manfaat segera daripada
wang takaful tersebut mengikut terma dan syarat dalam surat ikatan amanah.
3. Sebaliknya Pembayaran wang takaful melalui Hibah
adalah secara bayaran keseluruhan/Lump sump. Setelah Benefisiari menerima wang
tersebut maka beliau bebas untuk menggunakan serta membelanjakan wang tersebut
mengikut kehendak beliau tanpa kawalan.
Cuba anda fikirkan, sekiranya
benefisiari baru berusia 18 tahun menerima wang tersebut, mampukah beliau
menguruskan wang tersebut dengan baik?
Beliau boleh menghabiskan wang
tersebut dengan membeli barangan mahal atau untuk sebarang tujuan bersukaria.
E. Apakah isikandungan Amanah Takaful
1. Arahan untuk mengawal tujuaan penggunaan wang takaful. Boleh menetapkan
tujuan penggunaan sebagai contoh untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan saraan diri
. Cara bayaran yuran pendidikan, jumlah saraan diri sepanjang tempoh
pendidikan. Contoh Pemegang Amanah membayar yuran pendidikan terus kepada
kolej, jumlah elaun saran diri adalah RM3,000 setiap bulan dan lain-lain.
2. Arahan untuk membayar hutang(
jika ada)
3. Arahan untuk mengembangkan
harta amanah melalui pelaburan yang selamat
4. Tujuan sedekah jariah
5. Lain-lain