Assalamuaikum
Perceraian adalah perkara yang di haruskan di dalam Islam tetapi antara perkara yang dibenci Allah.
Kebanyakan Perceraian yang berlaku akan berakhir dengan keburukan dimana ia boleh menyebabkan semua kebaikan setiap pihak yang terlibat dilupakan sebaliknya perkara yang buruk akan ditimbulkan.
Hari ini hati saya tersentap apabila membaca berita mengenai tuntutan Harta Sepencarian pasangan profil tinggi. Tuntutan dibuat oleh bekas isteri bernilai sangat tinggi melibatkan jutaan ringgit. Sudah tentu tuntutan dibuat berdasarkan kemampuan bekas suami tersebut.
Sangat menyedihkan kerana enggan melayani tuntutan bekas isteri serta untuk menyelamatkan harta beliau jatuh ketangan bekas isteri maka bekas suami tersebut rela memberi kenyataan yang sangat mengaibkan bekas isteri dan menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu.
Manusia yang berajakan harta sanggup buat apa saja untuk harta. Tiada langsung rasa ihsan terhadap orang yang pernah disayangi suatu ketika dahulu
Ketahuilah bahawai hak ke atas Harta Sepencarian sama sekali tidak akan gugur dengan dakwaan tersebut sekalipun benar. Walaupun wanita tersebut disabitkan nusyuz atau derhaka terhadap suami hak beliau tetap terpelihara cuma berapa banyak hak beliau akan mahkamah putuskan berdasarkan sumbangan langsung atau tidak beliau ke atas perolehan harta.
Hai ceteknya ilmu, agama serta akhlak lelaki ini....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan