Wasiat adalah instrumen perancangan harta pusaka yang paling penting. Kenapa ia penting? Jawapannya adalah kerana dengan wasiat, pentadbiran harta pusaka akan menjadi lebih cepat dan mudah.
Adakah benar kenyataan tersebut?
Ia benar, dengan syarat wasiat dibuat dengan betul dan teratur.
Tips merancang isi kandungan wasiat:
Adakah benar kenyataan tersebut?
Ia benar, dengan syarat wasiat dibuat dengan betul dan teratur.
Tips merancang isi kandungan wasiat:
- Pewasiat melantik wasi yang bertanggungjawab untuk mentadbir harta pusaka. Wasi yang dilantik mestilah orang yang amanah serta mampu melaksanakan tugas dengan baik dan adil. Sekiranya individu, maka perlu melantik sekurang-kurangnya 2 orang wasi. Sebaik-baiknya melantik syarikat pemegang amanah sebagai wasi.
- Pewasiat menyenaraikan liabiliti serta harta yang beliau ada. Senarai ini akan memudahkan tugas wasi untuk mentadbir tanpa membuang masa mencari atau meminta bantuan waris untuk mencari atau menyelidik harta milik pewasiat.
- Pewasiat melantik penjaga harta bagi anak kecil di bawah umur 18 tahun.
- Pewasiat membuat pengagihan mengikut hukum syarak. Tidak mengelirukan serta bersifat adil, praktikal, tidak membebankan waris serta menimbulkan perselisihan faham di antara waris.
- Pewasiat dibenarkan membahagikan tidak melebihi 1/3 daripada harta beliau kepada bukan waris faraid beliau seperti anak angkat, anak saudara, sahabat, untuk tujuan wakaf dan sedekah. Seeloknya sebahagiannya disedekahkan atau diwakafkan untuk tujuan agama dan kebajikan orang Islam.
- Memberi pesanan yang baik kepada ahli keluarga.
- Wasiat ditandatangani di dalam keadaan waras dengan kehadiran 2 orang saksi lelaki.
Wasiat bukan sekadar menyatakan hasrat berkenaan cara pengagihan harta tetapi yang lebih penting adalah perlaksanaan pentadbiran harta pusaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan