Throw back - 29 July 2025
Petang tadi, saya berseloroh dengan rakan-rakan, “Kita ni tiap-tiap hari sibuk siapkan dokumen hibah untuk pelanggan."
Tapi hari ni… lain macam sikit.
Kali ni, kita pula yang jadi penerima hibah!*
Bos besar belanja satu lori durian ya.
Ya! Satu lorian durian*!
Dengan senyum lebar, dia kata, “Saya hibahkan durian ni untuk awak semua. Makan puas-puas, saya tak minta balasan.”
Kami ketawa.
Kami gembira makan durian di kaki lima pejabat ramai-ramai.
Tauke durian Encik Fuad kopek satu persatu buah dan hulurkan kepada kami.
Hulur, sambut, hulur, sambut.
Hibah kali ni bukan tanah atau wang ringgit, tapi durian yang buat hati semua orang cair.
Ini betul-betul "hibah penuh kasih sayang".
Bos sempat selit ingatan kepada semua penerima hibah durian,
“Khamis pagi kita meeting ya...”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan